Tarikh : 20 MEI
2014
Rujukan : KVB/JPP/08/10-01(03)
Kepada:
PENSYARAH
SEMESTER 1/2014
PENSYARAH
SEMESTER 3/2014
PENSYARAH
SEMESTER 5/2014
Tuan/Puan,
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN MARKAH PENILAIAN AKHIR (PA)
DAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara
di atas.
2. Jabatan
Penilaian dan Pentaksiran Kolej Vokasional Beaufort telah membuat keputusan
untuk memutuskan bahawa tarikh akhir penghantaraan markah Penilaian Akhir (PA)
dan Pentaksiran Berterusan (PB) adalah seperti berikut:
Penilaian
Akhir (PA) Semester 1/2014: 9 Jun 2014
Penilaian
Akhir (PA) Semester 3/2014: 9 Jun 2014
Penilaian
Akhir (PA) dan Pentaksiran Berterusan (PB) Semester 5/2014: 28 Mei 2014
3. Oleh
yang demikian, tuan/puan adalah dikehendaki untuk menghantar markah-markah
tersebut sebelum tarikh akhir kepada KJKU atau Koordinator Subjek masing-masing
sebelum mereka menghantarkan markah yang telah lengkap kepada pegawai-pegawai
meja yang berikut:
Semester
1/2014: Cik Nur Afizah Lordy
Semester
3/2014: Puan Effa Salwa Abidin
Semester
5/2014: Encik Ridhwan Isa
4. Saya dengan ini
meminta kerjasama penuh dari pihak tuan/puan agar mematuhi ketetapan tarikh
akhir ini.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
( RUTH ARUN )
Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran,
b.p. Pengarah,
Kolej Vokasional Beaufort.