Tuesday, May 20, 2014

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN MARKAH PENILAIAN AKHIR (PA) DAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

Tarikh                   : 20 MEI 2014
Rujukan               : KVB/JPP/08/10-01(03)

Kepada:
                PENSYARAH SEMESTER 1/2014
                PENSYARAH SEMESTER 3/2014
                PENSYARAH SEMESTER 5/2014

Tuan/Puan,

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN MARKAH PENILAIAN AKHIR (PA) DAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Jabatan Penilaian dan Pentaksiran Kolej Vokasional Beaufort telah membuat keputusan untuk memutuskan bahawa tarikh akhir penghantaraan markah Penilaian Akhir (PA) dan Pentaksiran Berterusan (PB) adalah seperti berikut:

                Penilaian Akhir (PA) Semester 1/2014: 9 Jun 2014
                Penilaian Akhir (PA) Semester 3/2014: 9 Jun 2014
                Penilaian Akhir (PA) dan Pentaksiran Berterusan (PB) Semester 5/2014: 28 Mei 2014

3.            Oleh yang demikian, tuan/puan adalah dikehendaki untuk menghantar markah-markah tersebut sebelum tarikh akhir kepada KJKU atau Koordinator Subjek masing-masing sebelum mereka menghantarkan markah yang telah lengkap kepada pegawai-pegawai meja yang berikut:

                Semester 1/2014: Cik Nur Afizah Lordy
                Semester 3/2014: Puan Effa Salwa Abidin
                Semester 5/2014: Encik Ridhwan Isa

4.            Saya dengan ini meminta kerjasama penuh dari pihak tuan/puan agar mematuhi ketetapan tarikh akhir ini.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

( RUTH ARUN )
Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran,
b.p. Pengarah,
Kolej Vokasional Beaufort.

No comments:

Post a Comment